DI SEBALIK gambaran bahawa China sebagai pencemar udara jagat yang terbesar menerusi penggunaan arang, rupa-rupanya suatu penerobosan teknologi mesra alam telah dicapainya. Hal ini dapat disusur dua tahun lalu menerusi pengenalan loji tenaga arang yang lebih cekap dan berkesan dengan kos yang rendah. Sedang Amerika Syarikat masih berbahas mengenai pembinaan loji sedemikian yang tinggi kosnya, China telah membina sebuah loji baru yang mesra alam setiap bulan, kata para pengamat.
CHINA JANA TEKNOLOGI ARANG MESRA ALAM
August 24, 2009 by alamsiber7POTENSI TENAGA MESRA ALAM
August 24, 2009 by alamsiber7|
KERAJAAN mengenalpasti penghasilan tenaga mesra alam sebagai sektor baru yang mampu menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini terutama dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu. |
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Mustapa Mohamed, berkata berikutan itu, kerajaan akan memberikan keutamaan kepada syarikat terbabit dalam pembangunan sektor itu menerusi penyediaan kemudahan bagi tujuan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain memberikan insentif bagi menggalakkan penggunaan teknologi mesra alam.
Beliau berkata, beberapa syarikat multinasional asing terutama dari Eropah dan AS sudah mula melihat Malaysia sebagai pusat pelaburan yang berpotensi dalam penghasilan tenaga mesra alam.
“Dari perspektif pelaburan, Miti sudah menetapkan untuk menjadikan Malaysia pusat serantau bagi penghasilan tenaga mesra alam, khususnya tenaga solar,” katanya ketika merasmikan program Asia-Invest anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jerman di Malaysia (MGCC) di Kuala Lumpur, semalam.
Asia-Invest adalah program padanan perniagaan yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah (EU) bersama-sama 25 syarikat Eropah, lima syarikat China dan 60 syarikat Malaysia yang terbabit dalam bidang berkaitan kerja pembinaan bagi pembangunan tenaga mesra alam, pembinaan bangunan mesra dan reka bentuk bangunan serta hiasan dalaman berkonsepkan mesra alam.
Program hasil inisiatif EU itu bertujuan menggalakkan kerjasama perniagaan antara EU dan Asia bagi membangunkan dan mengukuhkan aliran perdagangan dan pelaburan antara dua rantau berkenaan dengan matlamat menyokong PKS Eropah dan Asia.
“Sehingga kini, kira-kira RM9.5 bilion pelaburan seumpama itu telah diluluskan kerajaan membabitkan projek penghasilan panel tenaga solar oleh syarikat dari AS di Kulim, Kedah dan sebuah syarikat Jerman di Cyberjaya,” katanya.
Sementara itu, Duta dan juga Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Vincent Piket, dalam ucapannya berkata, Eropah amat menitikberatkan pelaburan dalam penghasilan tenaga boleh diperbaharui.
“Pelaburan dalam sektor itu bukan saja dapat membawa ekonomi keluar daripada kemelesetan tetapi dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan alam sekitar,” katanya.
Sumber : Berita Harian
MALAYSIA KEKURANGAN TEKNOLOGI MESRA ALAM DALAM SEKTOR PEMBINAAN
August 24, 2009 by alamsiber7Malaysia masih kekurangan teknologi mesra alam dan menjimatkan tenaga dalam sektor pembinaan dan pembangunan kawasan komersial, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting.
Hanya segelintir syarikat yang telah menjayakannya, katanya.
“Terlalu awal untuk kementerian menyatakan rasa puas hati akan penggunaannya kerana teknologi sedemikian masih baru di negara ini,” katanya selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Aseania Industries Sdn Bhd dan Linear Cooling Industries Sdn Bhd untuk pembinaan loji sistem penyejuk dan penyaman udara perbandaran bagi Bandar Perda di Pulau Pinang di sini hari ini.
Perjanjian persefahaman itu merupakan satu contoh bagaimana sebuah syarikat perumahan (Aseania) menerapkan sistem penyaman udara yang mesra alam dan menjimatkan tenaga.
Ong dalam ucapannya berkata, beliau gembira melihat kedua-dua syarikat itu berkerjasama menyahut seruan kerajaan agar pembangunan negara ini dijalankan dengan menggunakan banyak teknologi mesra alam dan menjimatkan tenaga.
Dengan jumlah sumber alam yang semakin berkurangan, penggunaan tenaga yang menjimatkan kini menjadi isu terpenting yang sedang diterapkan kerajaan terhadap masyarakat terutamanya swasta.
Menurut perjanjian itu, Linear akan membina sebuah loji penyejuk dan penyaman udara bernilai RM72 juta untuk bandar Perda yang dibangunkan oleh Aseania yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara.
Berbanding dengan sistem penyaman udara biasa, teknologi yang dibangunkan Linear dengan kerjasama Baltimore Aircoil Company Of America itu tidak membebaskn bahan yang boleh merosakkan lapisan ozon di atmosfera serta amat menjimatkan.
Didik hargai alam
August 24, 2009 by alamsiber7USAH harapkan kerajaan semata-mata sebaliknya usaha menjaga alam sekitar menjadi tanggungjawab semua pihak.
Begitu amanat Pegawai Daerah Mersing, Datuk Abd Razak Hassan, sempena sambutan Hari Alam Sekitar peringkat daerah, baru-baru ini.
“Memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya usaha agensi kerajaan semata-mata sebaliknya orang ramai perlu peka dengan alam sekitar khususnya di daerah ini,” katanya.
Pelbagai acara menarik diadakan sempena sambutan berkenaan yang diadakan di kawasan rekreasi Jalan Nong Yahya, Mersing.
Sumber Tenaga Lestari
August 24, 2009 by alamsiber7Dunia kini amat bergantung kepada penggunaan bahan api fosil seperti minyak petroleum, arang batu dan gas asli sebagai sumber utama tenaga dunia. Persoalanya adakah ketiga – tiga sumber tenaga utama ini memenuhi definisi pembangunan lestari? Sumber tenaga lestari boleh ditakrifkan sebagai sumber tenaga yang boleh memenuhi keperluan manusia pada masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi akan datang. Dalam masa yang sama ia tidak memberi kesan terhadap pencemaran alam sekitar.
Teknologi hijau
August 24, 2009 by alamsiber7Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Teknologi Alam
August 24, 2009 by alamsiber7“Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi akan datang”. Dalam konteks sumber tenaga utama yang digunakan pada masa kini terdapat dua persoalan yang perlu diajukan kepada penggubal dasar, ahli ekonomi, jurutera dan saintis iaitu sejauh manakah sumber tenaga yang digunakan kini releven dengan prinsip pembangunan lestari ? Adakah sumber tenaga utama yang digunakan kini dapat menampung keperluan generasi akan datang?
Alamtologi
August 24, 2009 by alamsiber7Alamtologi
Hello world!
August 24, 2009 by alamsiber7Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!